01-02 : Tools And Workbench Safety

Task 01.07 - Maintain Workarea Tidiness
Task 02.01 - Check Computer System Environment

Task 01.07 - Performance Standard :
MAINTAIN WORK AREA TIDINESS USING TOOLS AND EQUIPMENT SUCH AS WORK AREA LAYOUT PLAN AND CLEANING EQUIPMENT SO THAT THE WORK AREA IS IDENTIFIED, TIDYING PROCEDURES MANUAL STUDIES, FOLLOWED AND SERVICE RECORD UPDATED

Step:
1. Identify Work Area to be maintained.
2. Study manual on tidying procedures.
3. Follow tidying instructions.
4. Update tidying service record.

1. Identify Work Area to be maintained.

Knowledge of:
- Organization structure


- Work area Plan/Layout


- Preventive maintenance
Ability to:
- Obtain work schedule and instruction


- Select work area concerned
- Determine work area up (computer, cables, etc.)
Tools/Equipment/Material
- Work Area Plan/Layout
- Work schedule
- Standard Operations And Procedures



Objektif

Selepas mempelajari dan menjalankan aktiviti-aktiviti ini, pelatih boleh:

1. Mengenal pasti cara-cara menjaga komputer.
2. Menyedia garis panduan penjagaan komputer.
3. Menyediakan garis panduan penjagaan bilik komputer.
4. Mengenal jenis-jenis alat tangan.
5. Memahami asas-asas penggunaan alat tangan.
6. Memahami cara-cara betul menggunakan alat tangan.

Nota Penerangan:

A. Langkah-langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

1. Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elektrik.

2. Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik.

3. Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik.


B. Cara-cara membuang elektrostatik:

Sentuh tangan di tempat yang tidak diselaputi cat di belakang kotak komputer untuk membuang elektrostatik sebelum memulakan kerja-kerja membaikpulih. Memegang kad-kad litar atau komponen elektronik harus dilakukan dengan betul bagi mengelakkan perkakasan tersebut rosak.

Pegang di tempat yang tiada litar terdedah, umpamanya di tepi kad atau di pemegang besi. Biarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan nanti. Sekiranya mampu, untuk solusi yang terbaik, beli strap pergelangan tangan anti-statik.

C. Peralatan Kerja

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan cara itu setiap pembelian satu set komputer “tool kit”, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

D. Meja Kerja (Work Bench)

Meja tempat membuat kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

Meja untuk pemasangan dan penyelengaraan komputer seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meja. Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter persegi untuk keselesaan semasa bertugas.


E. PERALATAN MEMBAIKI KOMPUTER

1. MULTIMETER

Multimeter merupakan alat yang sangat berguna dalam membuat kerja mengenalpasti kerosakan. Multimeter analog ini boleh digunakan untuk mengukur/menyukat voltan (voltage), arus (ampere) dan rintangan (resistance), dan boleh digunakan juga untuk menguji transistor dan kapasitor.

Multimeter analog menggunakan jarum penunjuk untuk membuat bacaan ujian yang sedang dijalankan. Multimeter jenis digital (DMM-Digital Multimeter) menjalankan fungsi yang sama seperti analog tetapi ia menunjukkan bacaan secara digital (dengan nombor). Kebanyakan multimeter boleh digunakan bagi menguji dan mengesan kerosakn pada komputer, tetapi jika anda menggunakan jenis yang baik bacaan ujiannya adalah lebih tepat.

2. LOGIC PULSER

Logic pulser digunakan untuk menghasilkan isyarat digital ke dalam litar. Biasanya ujian untuk menguji dan mengesan litar bersepadu (IC) pada motherboard (system board). Komputer dijalankan semasa komputer berada dalam operasi (switch on). Walaubagaimanapun anda boleh juga membuat ujian ketika komputer tidak beroperasi iaitu bila suis komputer ditutup. Dengan menggunakan Logic Pulser, anda boleh mewujudkan isyarat yang sentiasa tinggi, “1” atau sentiasa rendah, “0” ataupun satu siri denyutan (pulse).

Semasa menguji untuk mencari kerosakan pada litar bersepadu (IC), anda boleh menggunakan Logic Pulser untuk menghasilkan dan memasukkan isyarat pada input IC dan kemudiannya anda menggunakan anda menggunakan Logic Probe untuk menguji isyarat pada output IC berkenaan. Isyarat daripada Logic Pulser biasanya adalah kuat dan boleh mengatasi semua isyarat lain yang ada pada litar yang sedang diuji.

3. Logic Probe

Logic Probe boleh digunakan untuk menyukat isyarat digital yang melalui sesuatu litar. Isyarat ini biasanya berubah daripada satu tahap (level) ke satu tahap yang lain umpamanya daripada tinggi, “1” ke rendah, “0” dan sebaliknya.

Logic Probe lazimnya mengandungi 2 atau 3 penunjuk LED. LED ini akan menyala mengikut keadaan isyarat:

LED (Red) – isyarat Rendah “0”
LED (Yellow) – isyarat denyutan (pulse)

4. Pengesan Arus (Current Tracer)

Pengesan arus (current tracer) ini dikenali juga dengan nama Pengesan Litar Pintas (short detector) yang mana boleh mengesan jumlah arus yang kecil melalui sesuatu litar. Terdapat dua jenis pengesan arus iaitu:

i. LED
ii. Buzer

5. Penguji Transistor (Transistor Tester)

Alat multimeter boleh juga digunakan untuk menguji transistor tetapi lebih senang menggunakan penguji transistor. Terdapat beberapa jenis penguji transistor, yang paling baik ialah mempunyai probe yang boleh menguji terus transistor pada papan litar tanpa mengeluarkannya dan boleh mengji secara automatic punca Collector, Emitter dan Base.

6. Penguji Kapasitor

Penguji kapasitor boleh digunakan untuk membuat ujian nilai kapasitor. Terdapat penguji kapasitor yang boleh membuat ujian di antara 1 pF (pikofarad) hingga 99.99 uF (microfarad). Untuk membuat ujian, anda tidak perlu membuat sebarang penyesuaian, anda hanya perlu menyambungkan kapasitor kepada terminal ujian dan pilih bacaan yang diperlukan.

7. Breakout Box

“Breakout Box” ialah satu jenis alat yang digunakan untuk menguji sambungan (Interface) RSS – 232 jenis “Serial” (Kabel yang digunakan untuk menyambungkan komputer dengan pencetak). “Breakout Box” telah direka bentuk untuk disambungkan satu hala dengan kabel RSS – 232, supaya semua isyarat yang mengalir melalui kabel RSS – 232 melalui “Breakout Box”. Penunjuk LED pada “Breakout Box” akan menunjukkan keadaan pada setiap saluran (RSS – 232 mengandungi 25 saluran isyarat). Dengan memerhatikan penujuk LED pada “Breakout Box”, juruteknik akan dapat memastikan samada sambungan (Interface) RSS – 23 adalah berfungsi dengan baik atau tidak.

8. Besi Pemateri (Soldering Iron)

Litar Bersepadu (IC) dan transistor akan mudah rosak jika terdedah kepada panas yang lampau berlebihan. Sekiranya anda hendak membeli Besi Pemateri (Soldering Iron) untuk digunakan pada litar digital atau litar komputer (Computer Circuit), pilihlah yang mengeluarkan haba yang terhad, cepat dan berkesan bila kerja-kerja memateri (soldering) dijalankan.

Keupayaan yang diperlukan ialah lingkungan 30 watt, hujung (tip) halus serta tajam. “Grounded tip” yang mempunyai plug tiga pin (three proug plug) adalah sesuai digunakan pada IC jenis CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor) yang sangat sensitif kepada “static”.

9. Soldering Iron Holder

Jika anda menggunakan besi pemateri (sodering iron), yang tidak mempunyai suis kawalan maka besi pemateri ini akan panas sentiasa, jadi anda perlulah satu tempat untuk meletakkannya. Untuk tujuan ini anda bolehlah membeli sebuah tempat letak besi pemateri (soldering iron stand) yang mempunyai pemegang dawai bergulung dengan tapak besi yang berat. Tempat letak besi pemateri ini menggunakan dawai bergulung dan mempunyai ruang udara yang cukup bagi membolehkan haba keluar daripada besi pemateri berkenaan.

10. Sponge

Sponge walaupun murah harganya adalah merupakan alat yang penting dalam kerja
elektronik. Sentiasa sediakan sponge yang lembap/basah berhampiran ketika menjalankan kerja pateri/memateri.

11. Penyedut Timah Pateri (Desoldering Pump/Sucker)

Bila anda terpaksa mengeluarkan semula komponen yang rosak anda terpaksalah memanaskan pateri yang menyambungkan komponen berkenaan dengan litar (circuit board) untuk mencairkan pateri dan akhirnya menggunakan penyedut pateri (desoldering pump) untuk menyedut pateri keluar dari tempat berkenaan.

12. Alat Mengeluarkan/Mencabut IC(IC Remover/Extractor)

Litar bersepadu (IC) boleh dikatakan mudah rosak, jadi anda perlulah mengendalikannya dengan berhati-hati. Adalah senang untuk mengeluarkan IC yang telah dipasangkan pada soket, anda hanya perlu gunakan satu “srew driver”. Walaubagaimanapun untuk kerja yang lebih memuaskan anda patut menggunakan alat mengeluarkan IC seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
Jika anda ingin mengeluarkan IC yang telah dipateri (Solder) pada papan litar anda boleh menggunakan satu alat yang sotisfikated yang dinamakan Pencabut IC (IC Extractor).untuk menggunakan alat ini, anda hendaklah terlebih dahulu panaskan pateri (solder) di bawah papan litar. Sambil itu pasangkan Pencabut IC (IC Extractor) ini pada IC secara perlahan daripada litar (circuit board).

13. Alat Memasang IC (IC Inserter)

Anda boleh memasukkan IC ke dalam soket dengan tidak menggunakan sebarang alat. Walaubagaimanapun adalah lebih baik jika anda dapat menggunakan alat memasang IC (IC Inserter). Dengan menggunakan alat ini anda terlebih dahulu dapat meluruskan semua pin pada IC, sebelum anda menolak/memasang IC pada soket atau papan litar (circuit board).

14. Stripper Wayar (Wire Stripper)

Sebelum anda dapat membuat sambungan (connections) dua wayar anda terlebih dahulu perlu menceraikan wayar berkenaan daripada penebat plastic (insulating plastic) yang menjadi pembalutnya. Rajah menunjukkan “Crimming Tool” yang sesuai digunakan untuk saiz wayar yang berlainan dengan berkesan. Rajah di bawah juga menunjukkan stripper wayar jenis automatik yang boleh menjalankan tugas menceraikan wayar tembaga daripada plastik dengan sekali operasi sahaja.

15. Plier Jenis Needle Noose

Plier jenis ini mempunyai muncung/hujung yang tirus dan sesuai digunakan di tempat yang sempit dalam komputer. Berbagai jenis plier jenis Needle-noose dapat dibeli dalam pasaran.

16. Pemotong Diagonal (Diagonal Cutter)

Pemotong jenis Diagonal sangat sesuai digunakan bagi memotong kaki komponen dan juga satu atau dua pin IC. Pemotong jenis diagonal ini adalah sangat sesuai untuk memotong kaki komponen seperti perintang (resistor) dan kapasitor. Walaubagaimanapun anda hendaklah mengelakkannya daripada digunakan untuk komponen mudah rosak/sesitif seperti IC atau transistor.

17. Pemotong Jenis Nippy (Nippy Cutter)

Pemotong jenis Nippy menjalankan tugas yang hampir sama dengan pemotong diagonal tetapi sebelah daripada permukaannya adalah rata dan ini menyebabkan tekanan kuasanya berlaku di satu bahagian sahaja. Pemotong jenis nippy yang sebelah daripada permukaannya adalah rata, sesuai digunakan untuk kerja pemotongan untuk IC dan transistor.

18. Tweezer

Bila terdapat komponen yang tidak sengaja terjatuh ke dalam unit (system unit) komputer, maka perlulah anda menggunakan satu tweezer. Tweezer yang mempunyai spring (self-clamping tweezer). Anda perlu juga mengambil ingatan bahawa tweezer adalah diperbuat daripada logam dan boleh mengalirkan arus elektrik, jadi sebelum menggunakannya pada komputer bekalan kuasa hendaklah ditutup terlebih dahulu (switch off). Tweezer juga boleh digunakan sebagai penenggelam haba (heat sink) semasa menjalankan kerja pateri.(soldering).

19. Screwdriver

Untuk kerja-kerja elektronik anda perlu ada dalam simpanan 3 jenis “screwdriver hujung rata (flat screwdriver).
• Sederhana (1/4 in)
• Kecil (3/16 in)
• Sangat kecil (1/18 in)

20. Nut Driver

Bila anda menjalankan kerja membaiki pencetak (printer) ataupun peralatan elektronik mekanikal yang lain, mungkin anda perlu mengeluarkan beberapa nut dan bolt dari pelbagai saiz. Untuk tujuan ini anda perlu menggunakan Nut Driver bagi mempercepatkan kerja anda. Jika anda terlibat dengan kerja-kerja servis komputer yang dibuat di Malaysia, anda perlu mempunyai satu set “nut driver” jenis matrik dan untuk peralatan komputer yang diimport daripada Amerika Syarikat anda perlu menggunakan nut driver jenis standard (inci).